Last Night

Hari itu, aku drive ke rumah dia selepas berinteraksi secara talian dalam keadaan separuh bogel. Walaupun nyaris-nyaris kami ber-fonseks disebabkan faktor cuaca yang sangat membantu untuk melakukan hal-hal sedemikian. Bukan... Mungkin lebih membantu kalau dia ada di depan mata.

Dalam perjalanan, aku didukung harapan dan separuh bayangan tentang apa yang bakal jadi lima tahun lagi. Sangat padu semua itu di dalam kepala sehinggalah aku berada di hadapan rumah dia. Sayangnya masih lagi bayangan itu kabur-kelam.

Di hadapan rumahnya, aku memilih untuk menunggu, bukan menganggu keanggunan dia dengan mengetuk pintu rumahnya. Aku syak kali ini dia lebih garang dan lebih simple. Penahu. Memang, kami akan menamatkan malam frakter ini bersama-sama hanya di rumah... rumah aku. Mungkin tiga jam di ruang tamu, dua jam di rooftop, dan selebihnya adalah masa untuk kami bersetubuhan.

Macam selalu, bila saja pintu dibuka, mata aku akan terus mencari bibir dia yang mengiurkan, yang boleh buat hati aku jadi huru-hara, tak, lebih tepat lagi bergelora. Ini penyakit lelaki, walau sekental-sekeras-segagah mana si lelaki itu, perempuan adalah punca kecelakaan yang paling kuat dalam hidup seorang lelaki bak kata Nicolas.

Seperti tidak sabar untuk memeluk lelaki berjaket kulit bersandarkan sebuah mini cooper sepuluh tahun lepas, dan nampak lebih punk dengan sebatang Dunhill merah idamannya. Dia berjalan dari jarak yang sesuai dan penuh bergaya. Rambut ikalnya, bibir merahnya, dan peha exratrasnya... Arhhh! Malam ini dia berjaya menghairahkan segala sendi yang tercipta pada tubuh seorang lelaki.

Tapi... Dia berjalan bukan untuk aku. Bukan. Walaupun hanya tinggal selangkah lagi untuk kami saling berpelukkan, untuk aku cium harum badannya yang seringkali aku rindukan. Sialan, kenapa awal sangat aku hukum waktu dan ketentuan...

Dan selangkah itu, langkah yang akan aku ingat sepanjang jiwa ini masih telanjang. Ya... Langkah itu bukan untuk aku.
Kerana dia lebih memilih untuk menamatkannya ini disini... di rumah dia. Lalu dia melangkah lagi, berjalan ke arah seorang lelaki kapital yang lebih ranggi dengan mustang disisi.

Macam tiada perkara serious, hubungan kami...

...'end'

so far untuk bunuh diri, aku memilih untuk bunuh hati. forever alone