i want quit but the planet it's glowing

tiupan angin sarti
membisik ke lohong-lohong telingaku
menganjak tubuh
mengangkat jiwa ke arah sesuatu

sesuatu yang lebih tenang
dan ketenangan itu
adalah ketenangan untuk hari ini
bukan esok

Sarah di pelukan syurga dunia, pantai Sarti. Dia duduk di antara batu-batu kerfon, sambil membaca sebuah buku.
Hari ini, dia merasakan seolah-olah seluruh alam sedang mendengar dia bercerita. tentang mertafis, dan metorfosis kehidupan. lebih tepat lagi, luahan hati dari seorang insan, iaitu manusia.

Alam, seronok mendengarnya dan dia, gembira menceritakannya

"kau hidupkan mereka lagi??"

Suara itu datang serentak bersama sepasang tangan yang tiba-tiba saja menyentuh bahunya dari belakang. Sarah cuba menoleh, kerana suara itu tidak asing lagi "secara abdo dan kuasa Illahi, mereka baik-baik. bagaimana kau bisa tahu aku disini?"

dan Alam secara automatisnya terhenti dari lamunan Sarah, menjadi kaku. dunia kembali realiti, dan tiada abdomentasi lagi.

"kau unik. dan hati kau yang hidup itu membuatkan segala-apa yang berada disekeliling kau seolah-olah hidup. dan perkara itu, cuma kau dan tuhan saja yang mampu mengerti. soal bagaimana, aku kenal kau sejak hari ABC itu harus kita hafal lagi. kau suka menyepi di sudut-sudut sempit begini, bahkan kau bisa duduk di dalam almari seorang diri..."

Sarah ketawa kecil,
"kau bangkitkan lagi soal almari, kau tahu itu strasis. bukan aku mahu menyepi, aku cuma mahu bersatu bersama alami. dan keriuhan dalam fikiran aku kembali senyap, dan kesenyapan itu akan membisu. dari kebisuan itu, aku dapat merasakan betapa indahnya dunia tanpa kesadisan dari segala-galanya yang menghampakan."

"orang-orang macam kau ni pernah rasa hampa ke? dari sudut penilaian aku, orang-orang macam kau lah yang sering hidup dengan keselesaan..."

kepalanya dianguk-angukkan
"kita manusia, semua perasaan yang manusia rasa, sama. dan terpulang juga dari sudut mana manusia menilainya, justeru orang-orang yang macam aku nilah yang selalu dilanda kehampaan. sebab itu aku selalu cari penawarnya."

"apa penawarnya?"

"panawar yang aku jumpa setakat ini adalah menghargai. menghargai apa yang tuhan berikan pada manusia. walaupun apa yang tuhan beri itu tidak mampu untuk manusia terima. kau kena percaya, tuhan akan beri apa yang dia mahu beri. dan tuhan sentiasa menguji. menguji bertapa kerdilnya akal kita..."

"itu sebab kau gemar bersendiri. aku mengerti, kalau hati sering mengamati, secara langsung diri di abdo oleh alami. dan jiwa bersatu dalam ketenangan. benda yang mati akan hidup. kita mampu berkomunikasi bersama mereka. secara ilusi..."

Sarah cuba menyampuk
"...dan betapa nikmatnya kehidupan ini untuk kita berdiri. untuk pengetahuan kau, perasaan itu alteri, tidak ada di kelab malam, gig, funfair dan dimana-mana tempat yang manusia cuba wujudkan untuk menghibur hati. tidak ada. dan jika seluruh alam ini mampu untuk buat kau terhibur, tidak perlu lagi kita ke tempat-tempat begitu. tapi sayangnya, tidak semua manusia berjaya untuk pergi lebih jauh lagi dalam diri mereka."

Dia pandang kembali ke posisi asalnya
melihat birunya lautan yang terbentang, ombak yang sedang menari, badai yang menghalusi diri

suara itu kembali lagi,
"kau masih ingin meneruskannya?"

kali ini Sarah tidak menolehkan pandangannya lagi, kerana dia sudah tidak sabar untuk melihat kegembiraan alam yang tadi

"i want quit but the planet it's glowing..."