Bad Imagination

di luar pertikaian, ada satu cara yang melengkapkan...

Sam, lelaki yang punya suara pop. mengetip bibir merahnya.
Sebatang pena di celah-celah jarinya yang kaku itu mengembangkan asap-asap melotika instan ke atas. kemudian mengembang ke setiap penjuru-juru sulit rumah. menguasai ruang fikirannya.

Biasanya yang hadir cuma kebingungan

antara dia, dan sejuta imaginasi yang tidak pernah putus dalam ruang abstraknya

apa yang kau fikir?
Suara itu tiba-tiba muncul dari dalam imaginasinya, ada figura. tapi sherloute dan lebih pop
Mati-mati dia fikirkan suara yang menerjah itu adalah suara Pete Doherty, kerana figuranya, persis seperti lelaki heroin itu.
Wajah yang sentiasa bersama masalah


lagu...
Cuma itu yang Sam katakan padanya, tangannya masih kaku

Figura persis Pete itu menyentuh tangan Sam. Dia cuba untuk menarik batang pena di celah-celah jari Sam yang kaku itu keluar.
Sam cuma membisu. matanya diletakkan di atas kertas yang masih putih dan suci


nah, kau ambil benda ni. hisaplah jika kau inginkan sebaris lagu. aku dah cuba, dan pernah jatuh cinta dengan dia. aku tak tipu...

figura itu lenyap tiba-tiba, seperti mula-mula dia muncul. masih sherloute.
dan di tangan Sam kini ada sebungkus heroin.

abnormal penipu generasi, dan sentiasa menipu!
Dia gengamkan bungkusan heroin itu dalam keadaan waras dan penuh kesedaran.
dibalingnya ke dalam otak, dan disampahkan sekali bersama-sama sejuta imaginasi negative yang hadir tadi.

tiada konflik
tiada Pete Doherty

Sam, lelaki yang punya suara pop.
kembali mencari lagu