JacknJill

...dua hari terperap dalam apartemen, satu hari berada ditengah-tengah realiti dan mimpi, buat aku ingin keluar. cari nafas baru.

Dua hari itu, gelap. jiwa aku bersungguh-sungguh ingin terbang. nafas yang aku hembus pula menjadi nafas yang aku hirup. berputar-putar. kini, ruang metti sudah ditawan asap-asap dari mulut pasin. dan dua hari tu juga, bayangan aku dihantui oleh satu roh yang ingin dibangkitkan semula. roh yang dulu pernah funky dan punya betis seksi.

celaka punya roh!

Hari ini aku mengalah, mahu keluar
sebab aku dah penat duduk dalam kegelapan dan ditemani roh funky yang menganggu

dan kekalahan itu adalah sebuah kemenangan yang harus dipestakan

"lama tak nampak lu Jack?"
tanya brader kedai runcit, sebelum dia berikan kotak cigarettes di tangannya itu kepada aku

Kotak cigarettes itu cepat-cepat aku rampas, sebelum jawab,
"alah... dua hari je kot..."

Setelah itu aku berjalan keluar dari kedai runcit. dengan muka selamber

"weh... lu belum bayar lagi lah!!?"
jerit brader kedai runcit

Aku buka kotak rokok, tarik sebatang dan bakar
lalu tersengih
"masuk buku!!"

***

Aku di hidden park
Di sinilah tempat aku dan teman-teman sejiwa selalu lepak. kami kongsikan segala-galanya bersama. tentang impian yang tak putus-putus, musik, gadis-gadis pilihan, fashion, ideologi dan semuanya yang ada dalam jiwa kami. dan disini juga adanya kedamaian dalam setiap harapan yang kami wujudkan
Yang kami percaya

"hei, lama lu tak lepak Jack? lu kenapa, ada masalah ke?"
tanya Wan, budak rambut spiky warna biru. dia juga punya DM boots duapuluhempat butang yang baru. cukup untuk aku tapak muka dia duapuluhempat kali

"...kalau lu ada masalah, trylah kongsi dengan kitorang Jack..."
sambung Ben ber-singlet band The Distillers edisi Coral Fang. sangat terhad, dan itu sangat terhad untuk aku curi-curi pakai

Aku tersenyum. kerana muka-muka badot macam diorang ni memang pandai buat aku tersenyum, selalu

"gua ok. gua cuma ditimpa dua hari celaka yang amat berat untuk gua hadap. tapi sekarang dah tak ada apa-apa. gua ok..."
aku jawab sambil pandang wajah Mimi yang dari tadi perhatikan aku dengan penuh kehairanan

Aku tanya kenapa, pakai kepala

Dia bersuara
"eh, mana Jill? lu tertinggal dia ke harini?"

Dengar pertanyaan Mimi yang itu buat aku teringat pada roh funky
Aku tunduk. duduk di kerusi, bakar cigarette lagi

"sorry geng, gua dah bunuh dia dua hari lepas..."

Ya, roh funky yang mahu dibangkitkan semula itu adalah Jill.
Aku bunuh cinta dia pada aku gara-gara sebuah kebahagiaan yang tak dapat aku belikan untuk dia. dan aku mahu dia cari kebahagiaan itu dengan orang lain. bukan dengan aku, kebahagiaan yang aku beri sama macam angan-angan yang tak pernah sampai. macam makan-lari

Betul. aku sangat sayangkan dia, tapi aku juga ingin lihat dia hidup bahagia

Bahagia yang orang boleh rangkul dengan duit

"kenapa lu tinggalkan dia, Jack?"
tanya mereka


Sebab tak semua Jack harus ada Jill disisinya. dan tak ada satu perkara pun yang boleh pisahkan Jack dan Jill.

Roh dia masih lagi berlegar-legar dalam hati aku
tak pernah berhenti