We are young

Ingat lagi tak waktu kita berdua menikmati hening malam di atas bumbung rumah kamu?

Aku masih ingat. walaupun rasa itu sudah terhapus
lima tahun tujuh bulan sepuluh jam
yang lalu....

Malam itu, suasana di bandar suram. Kami berjalan di atas nihilnya gerak gara-gara sebuah buku berjudul 'Pranks' tulisan tangan M. Stiffer. kerana Jane mahu aku bacakan untuknya.

"sayang..."
Jane tarik tangan aku, memegang dengan kedua-dua tangannya.

Aku angkat kepala, tanpa suara. dahi aku berkerut

"kau lepak rumah aku dulu?"
tanya Jane

"serious?"
aku tanya dia balik.
family Jane lain, tak sama macam Jane. bapanya bisnesman dan ibunya doktor. diorang memang tak boleh terima aku, etika aku, cara aku, dan fashion aku. tapi, peduli apa aku

Jane letakkan tangannya pada dagu aku, senyum.
"dont worry, diorang tak ada kat rumah"

Kami pun melangkah, menjangkau nafas-nafas motropolis bersama nada-nada jiwa muda kami.

Di rumah, kami bercinta di bilik tidurnya. Berbaringan. Sambil layan lagu-lagu Sex Pistols dan selami asap-asap cigarettes yang kami hembus. Kadang kami ketawa, kadang kami tersenyum, dan kadang kami cuma senyap. berpelukan.

Jannah?!!

Kami bangun.
Aku pandang Jane
Jane pandang aku
kami tersenyum

Jane tolak badan aku ke luar beranda

"yes mom?!!"
tangannya mengipas-gipas asap yang berkepul-kepul tadi. matanya pula menjeling beberapa kali ke arah anak tangga, aku di suruh naik ke atas bumbung.

Kini cuma aku di bumbung.
aku cuba untuk baring, kedua-dua tangan aku letakkan di belakang kepala.
Tuhan maha besar. bisik aku. Betapa indahnya panorama disini. Bulan, dan jutaan bintang berkolaburasi bersama warna-warna alam, struktur bangunan dan pohon-pohon besar. Aku dapat rasakan ketenangan. kehidupan

aku pejamkan mata, tarik nafas perlahan-lahan. nyaman
dan bila aku buka mata, segala masalah yang aku hadapi seolah-olah hilang. ya, hilang. di kepala aku kini cuma ada wajah Jane. dialah nyawa aku

aku membawa rasa
terkapai dan terkulai
dan frejan
buat aku edan
edan dalam kehidupan yang edan

hidup
adalah warna yang kita suka
dan untuk orang yang kita suka
mampu untuk buat jiwa kita
edan dalam kehidupan yang edan

"tenang bukan disini?"
suara Jane membangunkan aku dari lamunan. bersamanya ada sekotak cigarettes dan di wajahnya pula terukir secangkir senyuman

"sangat tenang. dan kau tak pernah ceritakan pada aku, yang kau punya tempat setenang ini..."

Jane letakkan kotak cigarettes, lalu merebahkan tubuhnya. kepalanya di lengan aku, dahinya drapatkan ke pipi aku.

"kau tak pernah tanya..."
jawapan mudah dari Jane.

Aku cuba belai rambut ikalnya. We feel the moon and star

"Jane, maafkan aku kalau aku dah musnahkan impian kau. sebab aku sangat sayangkan kau..."

"shhh... tak, inilah impian aku. impian aku cuma mahu hidup selama-lamanya bersama kau."

"kau tak menyesal?"

"menyesal? untuk apa?"

"aku bukan apa yang parents kau nak. dan aku tak ada masa depan, im zero."

Jane ketawa. ibu jarinya bermain-main di bibir aku
"i want you. not my parents, or anyone else. im happy with you, you are my hero. kau dunia aku, dan aku harap, cuma kau yang ada disisi aku sampai aku mati. but tonight, we are young dear"

Aku lihat wajah Jane. Dimatanya ada cahaya bulan, dan rambut ikal miliknya itu ada bintang. Dagunya aku angkat, bibirnya aku kucup.
"aku janji, Jane"

Jane hanya tersenyum
"yeah, you are my monster dream, that why i love you so much!"

seperti slo-mo. detik berjalan perlahan. jiwa kami bersetubuh di atas bumbung malam sejuta bintang. itu pertama kali kami berdua di atas bumbung rumahnya. dan aku harap kami berada disana lagi. berdua. one fine day

Tapi, segala yang kita rancang. Tidak selalunya jadi kenyataan. Dan kenyataan paling pedih yang aku hadapi adalah tentang kematian Jane selepas itu.

Hari ini, tepat tanggal 14 haribulan July. Aku ke kuburnya, seperti selalu.
dan aku juga selalu tanya

"Ingat lagi tak waktu kita berdua menikmati hening malam di atas bumbung rumah kamu?"
aku harap dia dengar
sebab aku rindukan dadah aku, Jane

Tonight, we are young
betul kata Jane, kami masih sembilan belas tahun waktu
itu