dadah dan lipstik

Harinya terkesima. Tidak ada konsert tour, dan suara produser. yang ada disisinya cuma heroin.

Sial lagi? tanya Nancy dari meja solek. tangannya memegang lipstik. warna merah kereta Ferari edisi pertama.

"macam hego dengan vespanya"

jawab Sid separa normal

"kau hego?"

"tak, aku vespa. rosak teruk..."

Sid capai heroin disisinya. Badannya bergetar, kepalanya bingung. Sid sudah melayang layang. tak, dia melayang-layang di luar realiti. terbang tanpa angin Nancy yang masih di meja solek

"Sid, aku mahu ke bar, ada Voucel dan Spear. selamat malam."

sambil masukkan lipstik ke dalam tas. Nancy bangun, lalu dia keluar dari bilik. menuju ke bar

"yes honey, i dont need you. i need this. so much!"

Sid tersenyum.
Memang selalu, waktu waktu genting begini. Waktu Sid menghadapi hari-hari sialnya. Mereka memang tidak akan bersama. Tidak memerlukan antara satu sama lain. sebab Sid cintakan dadah, dan Nancy cintakan lipstik.

Dua-dua 'lovethings', cuma ironisnya pula dua-dua 'satu musik'